Anda dikehendaki menyampaikan taklimat mengenai jenis-jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan bagi seseorang kakitangan serta jenis-jenis cuti atas sebab perubatan.
a) Jelaskan jenis-jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan bagi seseorang kakitangan?
b) Nyatakan jenis-jenis cuti atas sebab perubatan?
c) Sekiranya seseorang staf telah berkhidmat selama 10 tahun, berapakah kelayakan beliau untuk memohon cuti tanpa gaji?
Skima Jawapan
a) Jenis-jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan bagi seseorang kakitangan ialah:
I Cuti rehat: bermakna cuti bergaji penuh yang boleh diambil pada bila-bila oleh seseorang kakitangan bagi perkhidmatan yang melayakkan.
ii) Cuti Separuh Gaji: bermakna cuti yang boleh diambil oleh kakitangan sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti separuh gaji ini hanya boleh diluluskan atas sebab kesihatan sanak saudara rapat sahaja.
iii) Cuti Tanpa Gaji : bermakna cuti yang boleh diambil atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari.
b) Jenis-jenis cuti atas sebab-sebab perubatan ialah:
i. Cuti Sakit
ii. Cuti Sakit Lanjutan
iii. Cuti Pemulihan & Cuti Kuarantin
iv. Cuti Bersalin
v. Cuti Kecederaan
vi. Cuti Tibi, Kusta dan Barah
c) Prinsipnya adalah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan. Maka kelayakan cuti tanpa gaji bagi 10 tahun perkhidmatan adalah 30 X 10 = 300 hari.
No comments:
Post a Comment