Cari contoh soalan PTK

Google

Sunday, February 17, 2008

Apakah rasionalnya PTK diperkenalkan?

PTK diperkenalkan bagi memupuk pembangunan diri, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan menyediakan pegawai perkhidmatan awam dalam pelaksanaan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kompetensi.

Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pegawai perkhidmatan awam bagi menghadapi cabaran globalisasi, meningkatkan daya saing Negara, memupuk sikap dan budaya baru dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan (service delivery system).

Apakah itu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)?

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) adalah satu kaedah untuk menilai seseorang pegawai sama ada mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan dari segi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau sebaliknya. Setiap PTK mengandungi dua bahagian iaitu kompetensi umum dan kompetensi khusus.

Kompetensi umum meliputi perkara-perkara yang perlu dimiliki oleh semua pegawai awam seperti ciri-ciri peribadi, kepimpinan dan komunikasi. Kompetensi khusus ialah kecekapan yang berkaitan tugas jawatan dalam perkhidmatan pegawai.

PTK telah diperkenalkan mulai 1 November 2002 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 mengenai Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.